Demo Site

27 Januari 2010

Sejarah Perpustakaan SMK Seri Gading


Perpustakaan SMK Seri Gading ditubuhkan seiring dengan penubuhan Pusat Sumber Sekolah pada tahun 1979 sewaktu pembukaan sekolah ini.Sejak dari tarikh ini perpustakaan yang mulanya dikenali sebagai perpustakaan SMK Parit Haji Hassan mula menampakkan perkembangan yang positif berkat dari kemampuan dan tenaga kerjanya. Untuk melancarkan proses pengurusan di dalam perpustakaan SMK Parit Haji Hassan, badan khas yang dikenali sebagai Pengawas Pusat Sumber atau lebih popular dengan panggilan perpustakawan telah ditubuhkan.


Pada tahun 2001, perpustakaan SMK Parit Haji Hassan telah ditukr namanya kepada perpustakaan SMK Seri Gading serentak dengan pertukaran nama sekolah daripada SMK Parit Haji Hassan kepada SMK Seri Gading.


Pada tahun 2002, lokasi perpustakaan telah dipindahkan dari blok D ke blok G yang baru siap dibina. Lokasi yang baru ini lengkap dengan kemudahan seperti meja yang lebih selesa, penghawa dingin, komputer.


Pada akhir tahun 2009, perpustakaan SMK Seri Gading ditukar kepada Perpustakaan Baitul Hikmah SMK Seri Gading. Nama Baitul Hikmah diambil daripada nama Darul hikmah iaitu nama perpustakaan pada zaman Kerajaan Abbasyiah.Baitul Hikmah membawa makna rumah yaang penuh kebijaksanaan.


Kini, perpustakaan Baitul Hikmah berusaha untuk memperbaiki dan menambah kemudahan.Perpustakaan baitul Himah berusaha menyediakan zon wi-fi untuk kemudahan para warga sekolah untuk melayari internet.











SMK Seri Gading

Pautan ke Laman Web

Pautan ke Laman Web
Popular Bookstore

Perpustakaan Negara Malaysia

BADAR SMK Seri Gading

Gading Pongo Resque Squad SMK Seri Gading

Portal Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong