31 Mac 2010
Antara acara menarik yang dianjurkan sempena kempen Galakkan Membaca ialah pertandingan membuat buku skrap, projek nilam dan sebagainya.Silalah berkunjung ke Perpustakaan SMK Seri Gading untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti sempena kempen ini.
24 Mac 2010
Law of Attraction (edisi bahasa Melayu)
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia adalah daya kuasa yang wujud dalam kehidupan kita. Ia dipanggil Hukum Tarikan dan sekarang ia menarik perhatian manusia, pekerjaan, situasi dan hubungan yang ideal kepada anda.
Hukum Tarikan mendedahkan program 3-langkah yang menarik, lengkap dengan tip, kaedah, latihan, dan skrip, serta menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat mempraktikkan latihan-latihan yang terbukti ini dalam hidup dengan segera. Pelajari bagaimana:
Menarik pasangan ideal anda
Menambah kekayaan dan kemakmuran anda (ia bukan semata-mata mengenai wang)
Mendapatkan lebih banyak pelanggan dan rujukan ke dalam dunia bisnes anda.
Menemui kerjaya ideal anda yang sebenar.
Pelajari bagaimana cara menggunakan ia dengan sepenuhnya dan berkesan kepada anda. Realisasikan impian anda dengan Hukum Tarikan.
Law of Connection (edisi Bahasa melayu)
Di dalam buku yang hebat dan tidak ternilai ini, Michael J. Losier berkongsikan kunci kepada komunikasi berkesan. Apabila anda menggunakan prinsip Neuro-Linguistic Programming (NLP), anda dapat menguasai beberapa kemahiran mudah yang diperlukan bagi mencipta pemahaman lebih baik dengan individu dalam setiap aspek kehidupan anda.
Selain daripada pelbagai tip, bahan, latihan, dan skrip yang dikongsikan, anda juga dapat mempelajari:
- Tiga syarat perhubungan
- Teknik melakukan penyelarasan perbualan anda
- Empat kaedah mudah bagi komunikasi yang berkesan
- Tips menjalinkan hubungan erat yang positif dalam semua situasi
- Topik khas bagi para guru, jurulatih dan sesiapa sahaja yang melakukan penyampaian dalam kumpulan
Bawalah buku LAW OF CONNECTION ini, pulang ke rumah bagi seisi keluarga dan perkenalkannya di tempat kerja anda. Perhatikan dan dengarkan, komunikasi menjadi semakin baik tidak kira lokasi anda dan perhubungan anda menjadi semakin lengkap, lebih bermakna dan bebas konflik.
Vila Amira Syakila
17 Mac 2010
Aktiviti Pengawas Perpustakaan
04 Mac 2010
Sejarah Perkemangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.