Demo Site

31 Mac 2010

Pada 22 Mac 2010 yang lalu, Pusat Sumber SMK Seri Gading dengan kerjasama padu daripada perpustakaan SMK Seri Gading telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Galakkan Membaca.Kempen ini melibatkan semua warga sekolah dalam memupuk minat membaca dikalangan mereka.

Antara acara menarik yang dianjurkan sempena kempen Galakkan Membaca ialah pertandingan membuat buku skrap, projek nilam dan sebagainya.Silalah berkunjung ke Perpustakaan SMK Seri Gading untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti sempena kempen ini.




24 Mac 2010

Law of Attraction (edisi bahasa Melayu)


Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi ia adalah daya kuasa yang wujud dalam kehidupan kita. Ia dipanggil Hukum Tarikan dan sekarang ia menarik perhatian manusia, pekerjaan, situasi dan hubungan yang ideal kepada anda.

Hukum Tarikan mendedahkan program 3-langkah yang menarik, lengkap dengan tip, kaedah, latihan, dan skrip, serta menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat mempraktikkan latihan-latihan yang terbukti ini dalam hidup dengan segera. Pelajari bagaimana:

  • Menarik pasangan ideal anda

  • Menambah kekayaan dan kemakmuran anda (ia bukan semata-mata mengenai wang)

  • Mendapatkan lebih banyak pelanggan dan rujukan ke dalam dunia bisnes anda.

  • Menemui kerjaya ideal anda yang sebenar.

Pelajari bagaimana cara menggunakan ia dengan sepenuhnya dan berkesan kepada anda. Realisasikan impian anda dengan Hukum Tarikan.

Law of Connection (edisi Bahasa melayu)


Di dalam buku yang hebat dan tidak ternilai ini, Michael J. Losier berkongsikan kunci kepada komunikasi berkesan. Apabila anda menggunakan prinsip Neuro-Linguistic Programming (NLP), anda dapat menguasai beberapa kemahiran mudah yang diperlukan bagi mencipta pemahaman lebih baik dengan individu dalam setiap aspek kehidupan anda.

Selain daripada pelbagai tip, bahan, latihan, dan skrip yang dikongsikan, anda juga dapat mempelajari:
- Tiga syarat perhubungan
- Teknik melakukan penyelarasan perbualan anda
- Empat kaedah mudah bagi komunikasi yang berkesan
- Tips menjalinkan hubungan erat yang positif dalam semua situasi
- Topik khas bagi para guru, jurulatih dan sesiapa sahaja yang melakukan penyampaian dalam kumpulan

Bawalah buku LAW OF CONNECTION ini, pulang ke rumah bagi seisi keluarga dan perkenalkannya di tempat kerja anda. Perhatikan dan dengarkan, komunikasi menjadi semakin baik tidak kira lokasi anda dan perhubungan anda menjadi semakin lengkap, lebih bermakna dan bebas konflik.

SMK Seri Gading

Pautan ke Laman Web

Pautan ke Laman Web
Popular Bookstore

Perpustakaan Negara Malaysia

BADAR SMK Seri Gading

Gading Pongo Resque Squad SMK Seri Gading

Portal Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong